More

    Google Photos terima kemas kini besar, Photo to Video kini sokong arahan teks

    Google hari ini mengumumkan kemas kini besar untuk ciri Photo to Video dalam Google Photos yang memberikan pengguna lebih kawalan kreatif dalam menukar imej kepada video pendek. Melalui kemas kini terbaharu, pengguna boleh menggunakan arahan teks untuk menjana video dan membolehkan mereka menerangkan pergerakan, gaya atau kesan visual yang diinginkan.

    Arahan tersebut juga boleh disunting dan diperhalusi bagi mendapatkan hasil video yang lebih tepat. Untuk pengetahuan, ciri ini hanya tersedia kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas. Bagi pengguna yang tidak mahu menulis arahan sendiri, Google mengekalkan pilihan sedia ada seperti Subtle Movement dan I’m Feeling Lucky, selain menambah cadangan arahan baharu yang boleh dipilih untuk mendapatkan inspirasi video dengan pantas.

    Google turut memaklumkan bahawa setiap video yang dijana daripada imej kini boleh disertakan audio secara lalai sama ada video tersebut dihasilkan menggunakan templat Google atau melalui arahan teks tersuai. Audio ini bertujuan menambah elemen dinamik pada hasil video yang dihasilkan.

    Kemas kini ini memperluaskan fungsi Photo to Video sebagai alat suntingan kreatif dalam Google Photos, dengan tumpuan kepada kawalan pengguna dan variasi hasil visual yang lebih luas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured