More

    Google Pics bakal diintegrasi dalam Google Workspace untuk suntingan imej AI

    Google Workspace mula memperlihatkan aplikasi baharu yang dikenali sebagai Google Pics yang dijangka menjadi platform penjanaan dan suntingan imej berasaskan AI terus dalam ekosistem Workspace. Aplikasi tersebut dilihat menyasarkan produktiviti pengguna seperti pembentangan, dokumen dan kandungan visual tanpa perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga seperti Canva.

    Google Pics dikuasakan model AI Nano Banana yang membolehkan pengguna menjana imej menggunakan arahan teks selain melakukan suntingan lebih terperinci pada bahagian tertentu gambar. Antara ciri yang diperlihatkan termasuk pemilihan objek, mengubah kedudukan elemen dalam imej serta penyuntingan secara lebih tepat berbanding fungsi AI biasa.

    Buat masa ini, Google mengesahkan Google Pics masih berada dalam fasa ujian terhad dan hanya boleh diakses oleh penguji tertentu. Namun, ia akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa bulan akan datang. Pendekatan Google kali ini nampak lebih serius kerana ia bukan sekadar penjana imej AI biasa.

    Sebaliknya, Google cuba membawa fungsi penyuntingan visual terus ke dalam aliran kerja Workspace yang sebelum ini lebih tertumpu kepada dokumen dan produktiviti pejabat. Masih belum diketahui sama ada Google Pics akan hadir sebagai aplikasi berasingan, menyokong platform mudah alih atau menyebabkan kenaikan harga langganan Workspace.

    Namun, berdasarkan trend Google sebelum ini, kebanyakan ciri AI tambahan biasanya diperkenalkan secara berperingkat tanpa caj tambahan pada peringkat awal. Jika menjadi kenyataan, Google Pics berpotensi menjadi satu lagi pesaing besar kepada platform reka bentuk visual AI sedia ada dalam pasaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured