More

    Google Pixel 10 didedah: Cip Tensor G5, kamera telefoto dan warna “Limoncello” baharu

    Google secara rasmi telah mengesahkan reka bentuk penuh Pixel 10 melalui pengacah pada laman Google Store manakala imej janaan lengkap turut tertiris. Pendedahan ini menunjukkan bahawa Pixel 10 akan mengekalkan reka bentuk siri Pixel sebelum ini, namun hadir dengan peningkatan ketara pada sistem kamera dan warna baharu.

    Pixel 10 mengekalkan bonggol kamera mendatar ala Pixel 9 dengan bingkai sisi rata dan sudut sedikit melengkung. Namun, kali ini ia hadir dengan tiga kamera belakang termasuk lensa telefoto berbanding hanya dua kamera pada model standard sebelum ini. Pilihan warna juga lebih menyerlah yang terdiri daripada Obsidian, Indigo, Frost, dan warna baharu Limoncello.

    Ini menjadikan Pixel 10 kelihatan lebih segar dan sesuai untuk pengguna yang gemar peranti berwarna terang. Langkah Google memperkenalkan kamera telefoto zum optikal 5x pada model standard ini merupakan perubahan penting kerana sebelum ini ciri tersebut eksklusif pada varian Pro. Sistem kamera lain dijangka terdiri daripada sensor utama 50MP dan ultra lebar.

    Google Pixel 10 juga akan hadir dengan paparan FHD+ OLED bersaiz 6.3 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sekitar 2,700 hingga 3,000 nits. Skrin ini turut dilindungi Gorilla Glass Victus 2 bagi ketahanan lebih baik terhadap calar dan hentakan. Ia dikuasakan oleh cipset Google Tensor G5 yang dibina menggunakan proses 3nm TSMC.

    Untuk memori, Pixel 10 dilengkapi RAM 12GB dengan pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ia juga dipadankan dengan bateri berkapasiti 4,970mAh yang menyokong pengecasan pantas 29W dan 15W melalui Qi2 secara wayarles. Google telah mengesahkan bahawa Pixel 10 akan dilancarkan pada acara Made by Google pada 20 Ogos 2025 di New York.

    Tempahan dijangka bermula pada 13 Ogos dengan jualan rasmi bermula serentak di pasaran terpilih. Selain model standard, Google juga akan memperkenalkan Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold pada acara sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...