More

    Google Pixel 10a rasmi dengan Tensor G4, IP68 dan 7 tahun kemas kini berharga RM2,299

    Google secara rasmi telah memperkenalkan Google Pixel 10a yang merupakan telefon kelas pertengahan baharu. Peranti ini memfokuskan kepada kamera, kecerdasan buatan (AI) dan sokongan perisian jangka panjang. Pixel 10a hadir dengan reka bentuk rata sepenuhnya dengan kamera belakang yang kini sejajar dengan badan.

    Ia menggunakan rangka aluminium 100% kitar semula dan panel belakang plastik 81% bahan kitar semula. Paparan pula tiba dengan skrin 6.3 inci Actua yang dikatakan 11% lebih cerah berbanding generasi sebelumnya dan turut dilindungi oleh Gorilla Glass 7i dan menyokong penarafan kalis air serta debu IP68.

    Pixel 10a dikuasakan cip Tensor G4 dengan integrasi penuh sistem AI Gemini. Antara fungsi AI yang disokong termasuk Gemini Live, Circle to Search dan keupayaan penyuntingan imej berasaskan AI dalam Google Photos. Selain itu, ia hadir dengan kamera utama 48MP bersama ultra lebar 13MP. Ciri fotografi termasuk Best Take, Camera Coach berasaskan AI, Macro Focus serta Night Sight.

    Daripada segi ketahanan, Pixel 10a mampu mencapai lebih 30 jam penggunaan biasa dan sehingga 120 jam melalui mod Extreme Battery Saver. Ia juga menjadi model A-series pertama yang menyokong fungsi Satellite SOS. Google mengesahkan peranti ini menerima 7 tahun kemas kini merangkumi sistem operasi, keselamatan dan Pixel Feature Drops.

    Pixel 10a ditawarkan pada harga RM2,299 dengan empat pilihan warna iaitu Lavender, Berry, Fog dan Obsidian. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 5 Mac melalui Google Store serta rakan telekomunikasi utama. Selain telefon, Google turut memperkenalkan sarung telefon rasmi yang sepadan serta Pixel Buds 2a dalam warna baharu, Berry dan Fog.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured