More

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED bermula RM3,999

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL. Kesemua model dalam siri ini kini ditawarkan dengan storan minimum 256GB tanpa pilihan 128GB seperti generasi terdahulu. Siri Pixel 11 dikuasakan oleh cip pemproses Google Tensor G6 yang dibina untuk mengendalikan tugas pemprosesan imej dan integrasi kecerdasan buatan Gemini.

    Model Pro dan Pro XL dilengkapi paparan Super Actua dengan kecerahan puncak mencapai 3,600 nits, perlindungan cermin Corning Gorilla Glass Victus 2 serta sistem penyejukan kebuk wap. Model Pro turut memperkenalkan ciri baharu dinamakan HiLight, iaitu tatasusunan lampu LED RGB yang dipasang pada bahagian bar kamera belakang.

    Apabila peranti diletakkan menghadap ke bawah, sistem HiLight akan menyala secara visual bagi memberitahu notifikasi daripada kenalan pilihan atau semasa interaksi suara bersama Gemini tanpa perlu membalikkan skrin. Bagi bahagian fotografi, sistem kamera ditingkatkan dengan sensor telefoto baharu yang menawarkan 30 peratus lebih kepekaan cahaya, sokongan fungsi Instant Night Sight serta liputan zoom digital sehingga 120x pada model Pro.

    Peranti ini turut menyokong sistem pengecasan tanpa wayar Pixelsnap yang didakwa sehingga 29 peratus lebih pantas berbanding generasi sebelum ini. Untuk pasaran Malaysia, Google Pixel 11 dijual pada harga RM3,999, Pixel 11 Pro pada RM4,999 dan Pixel 11 Pro XL pada RM5,999.

    Tempahan awal bagi kesemua model telah dibuka menerusi rakan pengedar rasmi dan syarikat telekomunikasi tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured