More

    Google Pixel 4A tanpa ciri ‘Motion Sense’, bakal dilancarkan tapi bukan di Malaysia

    ‘Bilakah Google Pixel 4A akan muncul?’ adalah soalan yang kita semua tidak sabar menunggu akan jawapannya. Jangan risau lagi kerana baru-baru ini terdapat penyenaraian terbaru oleh FCC (Federal Communications Commission) di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa telefon pintar dengan kod “G025J” akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Google menggunakan kod “G020” untuk telefon pintar Pixel 4 yang lepas dan kod baru “G025J” ini dijangka adalah kod untuk Google Pixel 4A kerana ia adalah pengganti separuh langkah (half-step successor) kepada Pixel 4.

    Telefon pintar “G025J” juga dijangka tidak akan menggunakan ciri radar yang ada pada Pixel 4 kerana penyenaraian FCC tidak menunjukkan sokongan gelombang radio pada telefon pintar “G025J”. Ini bermaksud ciri “Motion Sense” yang dibanggakan oleh Google pada tahun lepas tidak akan disokong pada peranti Pixel 4A ini.

    Walau bagaimanapun, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, telefon pintar dari Google ini tidak akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi dan hanya boleh diperoleh secara import dari negara lain.

    Bagaimana dengan berita terbaru tentang Pixel 4A ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured