More

    Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G mungkin dilancarkan pada 30 September

    Walaupun peranti Google tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia, namun ia masih mendapat tempat di hati peminat. Terkini, seorang pengulas teknologi yang gemar mendedahkan maklumat telah meramal tarikh pelancaran Google Pixel 5 dan Google Pixel 4a 5G pada September ini.

    Secara terperinci, kedua-dua peranti 5G dari Google ini diramalkan lancar pada 30 September 2020. Tidak terhenti di situ, sumber mendedahkan bahawa terdapat pilihan warna hijau dan hitam untuk Pixel 5 dan putih, hitam untuk Pixel 4a 5G. Namun, warna hitam untuk Pixel 4a 5G akan dilancarkan dahulu, warna putih akan menyusul kemudian pada Oktober.

    Untuk warna hitam, ianya mungkin seperti yang digambarkan pada gambar acahan di atas yang dikongsikan oleh Google sendiri.

    Baca berita lepas mengenai Google Pixel 4a yang telah dilancarkan, spesifikasi Google Pixel 4a 5G dan Pixel 5.

    Adakah anda sedang menanti peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...