More

    Google Pixel 5a 5G dilancar, miliki cipset Snapdragon 765G dan IP67, berharga ~RM1,903

    Setelah banyak ketirisan dan khabar angin hebah di internet, Google dengan rasmi melancarkan telefon pintar Pixel 5a 5G. Telefon ini beroperasi dengan Android 11 dan merupakan antara peranti yang akan menerima kemas kini Android 12 yang stabil pada bulan hadapan. Pixel 5a 5G merupakan “siri Pixel-a” yang merupakan segmen telefon pintar Pixel dengan harga yang mesra dompet.

    Ia dilengkapi dengan reka bentuk badan aluminium dalam warna Mostly Black yang mempunyai sedikit warna hijau. Menariknya, peranti ini dilengkapi dengan ciri kalis air dan debu IP67. Secara ringkas, reka bentuk keseluruhan hampir sama dengan Pixel 4a 5G. Daripada segi paparan skrin, Pixel 5a 5G hadir dengan skrin OLED 6.34 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080.

    Peranti ini mempunyai lubang (punch-hole) pada bucu kiri atas untuk kamera swafoto dan menawarkan kadar penyegaran semula skrin 60Hz. Melihat kepada spesifikasinya, Pixel 5a 5G dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 765G, RAM 6GB LPDDR4X, storan dalaman 128 GB dan kapasiti bateri 4,680mAh dengan pengecasan 18W serta tidak mempunyai pengecasan wayarles.

    Telefon ini hadir dengan kamera utama 12 MP f/1.7 dan kamera ultra-lebar 16 MP f/2.2. Untuk kamera swafoto dan panggilan video, ia dilengkapi kamera 8MP dengan bukaan f/2.0. Pixel 5a 5G hanya tersedia dalam warna Mostly Black dengan butang kuasa berwarna hijau zaitun.

    Walau bagaimanapun, syarikat itu menjual sarung secara berasingan dalam empat warna yang berbeza iaitu Black Moss, Maybe Moon, Likely Lime dan Part Pink. Pra-tempahan Google Pixel 5a 5G akan dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat dan Jepun mulai 17 Ogos melalui Google Store. Di Amerika Syarikat, peranti ini berharga $ 449 (~RM1,903) dan pembeli akan menerima telefon ini bermula pada 26 Ogos.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Pixel 5a 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured