More

    Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilancar: Dilengkapi cipset Tensor 5nm, Android 12 bermula ~RM2,490

    Google telah melancarkan dua buah telefon pintar terbaru iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Kedua-dua telefon ini menampilkan cipset buatan Google iaitu Tensor yang dibina dengan proses 5nm dan dilengkapi dua teras berprestasi tinggi Cortex-X1, membuatkannya setaraf dengan cipset telefon andalan yang lain.

    Jika dibandingkan dengan Pixel 5 yang dilengkapi cipset Snapdragon 765G, Google mengatakan Pixel 6 adalah 80% lebih pantas untuk prestasi CPU dan 370% lebih pantas untuk GPU. Selain Tensor, Pixel 6 turut dilengkapi cipset keselamatan Titan M2 untuk melindungi telefon daripada serangan luaran.

    Pixel 6 dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz, manakala Pixel 6 Pro pula dilengkapi skrin LTPO AMOLED Quad HD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar 120Hz. Skrin kedua-dua telefon dibina dengan teknologi Gorilla Glass Victus untuk perlindungan daripada calar.

    Untuk bateri, Pixel 6 mempunyai kapasiti 4,614mAh manakala Pixel 6 Pro pula mempunyai kapasiti 5,003mAh. Kedua-dua peranti menyokong pengecasan pantas 30W, manakala untuk pengecasan wayarles pula adalah 21W untuk Pixel 6 dan 23W untuk Pixel 6 Pro. Selain itu, telefon ini tidak akan disertakan bersama pengecas.

    Daripada segi kamera, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP, di mana Google mengatakan dua kamera ini boleh menangkap lebih banyak cahaya sebanyak 2.5x berbanding Pixel 5. Pixel 6 Pro dilengkapi satu lagi kamera iaitu kamera telefoto 48MP yang boleh zum optikal sejauh 4x.

    Untuk kamera swafoto pula, Pixel 6 mempunyai kamera 8MP manakala Pixel 6 Pro mempunyai kamera 11.1MP. Fungsi fotografi Pixel 6 termasuklah Magic Eraser, Face Unblur, Portrai Mode, Night Mode, Astrophotography dan Motion Mode.

    Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan dilengkapi Android 12 dan layak menerima kemas kini Android selama lima tahun. Ia turut dilengkapi sokongan dwi-kad SIM, WiFi 6E, pembesar suara stereo, rating kalis air dan debu IP68 dan salutan yang tidak meninggalkan cap jari. Berikut adalah harga untuk varian Pixel 6:

    • Pixel 6 (8GB+128GB): USD599 (~RM2,490)
    • Pixel 6 (8GB+256GB): USD699 (~RM2,905)
    • Pixel 6 Pro (12GB+128GB): USD899 (~RM3,740)

    Tiada maklumat tentang keberadaan dua telefon ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...