More

    Google Pixel 6 mungkin hadir dengan kamera periskop!

    Google dikhabarkan akan melancarkan generasi baru telefon pintarnya, Pixel 6 dalam beberapa bulan yang akan datang. Sebelum ini, imej janaan komputer untuk peranti ini telah muncul dalam talian. Kini, gambar barisan lensa kamera Pixel 6 pula telah ditunjukkan.

    Berdasarkan sumber, gambar yang muncul dalam talian itu adalah gambar konsep yang berdasarkan informasi dalaman. Gambar tersebut menunjukkan tiga lensa kamera dan satu sensor tambahan. Yang menarik, salah satu dari lensa tersebut adalah lensa periskop manakala sensor tambahan itu dikhabarkan adalah sensor spektrum/kelipan (Spectral/Flicker).

    Jika kita lihat pada imej janaan yang tertiris sebelum ini, Pixel 6 mungkin hadir dengan modul kamera yang mengiring dari kiri ke kanan. Ini adalah berlainan dari kamera modul peranti Pixel sebelum ini yang berbentuk petak.

    Selain kamera periskop, Pixel 6 juga dikatakan akan menggunakan cipset keluaran Google sendiri yang mempunyai kod nama “Whitechapel”. Ia juga mungkin hadir dengan sensor cap jari dalam skrin.

    Kiri : Pixel 6, kanan : Pixel 6 Pro

    Untuk spesifikasi lain, ia masih lagi belum diketahui. Kami menjangkakan Pixel 6 akan dilancarkan pada bulan Oktober ini, sama seperti peranti-peranti Pixel sebelum ini.

    Adakah anda menantikan Google Pixel 6? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured