More

    Google Pixel 8a dilancar: Cipset Tensor G3, paparan 120Hz bermula ~RM2,368

    Hari ini, Google secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Pixel 8a yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 14 Mei 2024. Google Pixel 8a mempunyai paparan OLED 6.1 inci dengan resolusi FHD+. Kadar penyegaran dinaik taraf kepada 120Hz daripada 90Hz dan kecerahan puncak kini 2,000 nits yang meningkat daripada 1,070 nits.

    Skrin dilindungi oleh Gorilla Glass 3 dan terdapat penarafan IP67 untuk kalis habuk dan air. Pixel 8a mempunyai reka bentuk yang sama seperti model Pixel 8 premium. Sudutnya lebih bulat dan terdapat bonggolan kamera mendatar. Selin itu, pengimbas cap jari terletak dalam skrin.

    Pixel 8a menampilkan kamera utama 64MP dengan sokongan OIS dan lensa sudut ultra lebar 13MP. Kamera swafoto pula menggunakan sensor 13MP. Ia mampu merakam video sehingga 4K dengan kedua-dua kamera depan dan belakang. Pixel 8a dilengkapi dengan set cip Tensor G3. Ia mempunyai RAM 8GB dan ditawarkan dalam pilihan storan 128GB dan 256GB.

    Baterinya berkapasiti 4,492mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 18W dan wayarles. Peranti ini beroperasi menggunakan Android 14 dengan kemas kini selama 7 tahun. Ia juga mendapat ciri AI termasuk Circle to Search, bantuan panggilan Pixel dan Gemini. Google Pixel 8a ditawarkan dalam warna Bay, Aloe, Obsidian dan Porcelain.

    Harga Google Pixel 8a bermula pada $499 (~RM2,368) untuk storan 128GB manakala model 256GB berharga $559 (~RM2,653). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...