More

    Google Pixel 9 Pro di Malaysia akan dijual oleh Maxis, CelcomDigi, Senheng, senQ dan Urban Republic

    Selepas Google Malaysia membuat acahan mengenai keberadaan siri telefon pintar Google Pixel 9 Series untuk pasaran tempatan, kini beberapa pihak jualan dalam Malaysia sudah pun mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan peranti tersebut kepada para pelanggan apabila ia dilancar kelak.

    Setakat waktu artikel ditulis, lima pihak akan menjual Google Pixel 9 Series secara rasmi iaitu syarikat telekomunikasi Maxis dan CelcomDigi, serta pengedar kelengkapan elektronik Senheng, senQ dan Urban Republic. Anda boleh membuat tempahan bermula 14 Ogos 2024, iaitu tarikh pelancaran telefon itu di Amerika Syarikat.

    Buat masa ini harga untuk telefon tersebut masih belum diketahui, namun ketiga-tiga pengedar kelengkapan elektronik yang disebut tadi telah pun menawarkan beberapa insentif menarik untuk menarik pelanggan seperti pelan pembayaran mudah (EPP), pertukaran dengan telefon lama (trade-in), jaminan lanjutan serta mata ganjaran.

    Jika anda berminat dengan Google Pixel 9 Series, anda akan membelinya daripada pihak yang mana satu? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured