More

    Google Pixel 9 Pro Fold dilancar dengan cip Tensor G4, Titan M2 dan RAM 16GB bermula ~RM7,964

    Google telah melancarkan telefon lipat generasi kedua hari ini yang dinamakan sebagai Pixel 9 Pro Fold. Daripada segi spesifikasi, ia mempunyai banyak persamaan dengan Pixel 9 generasi terkini (standard, Pro dan Pro XL). Telefon lipat ini bakal bersaing dengan telefon seperti Samsung Galaxy Z Fold 6, OnePlus Open, vivo X Fold 3 di pasaran.

    Sama seperti siri Pixel 9, telefon boleh lipat ini juga mempunyai sudut bulat yang menawarkan cengkaman yang lebih baik di tangan. Google mengatakan bahawa peranti itu mempunyai keluli berbilang aloi dengan penutup aloi aluminium berkekuatan tinggi gred aeroangkasa.

    Panel belakang peranti memaparkan bongolan kamera segi empat tepat dengan dua bulatan hitam berbentuk pil menempatkan sensor. Butang kuasa yang mempunyai pengimbas cap jari dan kelantangan terletak di sebelah kanan. Paparan luaran Pixel 9 Pro Fold berukuran 6.3 inci. Ia dikelilingi oleh bezel simetri pada semua sisi dan mempunyai potongan lubang tebuk di tengah.

    Skrin AMOLED mempunyai resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Telefon lipat ini menampilkan skrin panel Super Actua Flex dalaman bersaiz 8 inci menjadikannya setanding dengan OnePlus Open. Ia mempunyai resolusi 2,152 x 2,076 piksel dengan kadar penyegaran LTPO 120Hz dan kecerahan puncak 2,700 nits.

    Google Pixel 9 Pro Fold mempunyai kamera utama 48MP, sudut ultra lebar 10.5MP dan telefoto 10.8MP dengan zum 5x serta zum Super Res 20x. Kedua-dua skrin dalaman dan luaran mempunyai kamera swafoto 10MP. Sama seperti telefon bar Pixel, telefon boleh lipat juga dilengkapi dengan pelbagai ciri kamera dan juga ciri pengeditan pintar.

    Google Pixel 9 Pro Fold dilengkapi cipset Tensor G4 dan cipset Titan M2 untuk tujuan keselamatan digandingkan bersama RAM sehingga 16GB dan storan 512GB. Baterinya berkapasiti 4,650mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 21W dan wayarles. Ia hadir dengan Android 14 OS dan menerima kemas kini OS selama 7 tahun sama seperti siri Pixel 9.

    Peranti ini dilengkapi dengan Gemini Nano bersama-sama dengan ciri seperti Magic Eraser, Pixel Screenshots, fungsi Add Me dan banyak lagi. Ia juga memiliki ciri keselamatan seperti SOS Kecemasan, pengesanan kemalangan, amaran krisis dan banyak lagi. Google Pixel 9 Pro Fold ditawarkan dalam warna Obsidian dan Procelain.

    Harganya bermula pada $1,799 (~RM7,964) untuk 256GB dan $1,999 (~RM8,849) untuk varian 512GB. Google Malaysia mengumumkan bahawa peranti ini tidak akan tersedia secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Namun, kita akan menerima peranti Fold generasi seterusnya pada tahun hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Pixel 9 Pro Fold dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...