More

    Siri vivo X Fold 3 rasmi sebagai telefon boleh lipat paling ringan, harga bermula ~RM4,580

    vivo telah melancarkan siri X Fold 3 hari ini di China dengan varian standard dan pro. Siri ini hadir dengan paparan OLED yang sama. Skrin luaran berukuran 6.53 inci beresolusi 2,480 x 2,200 piksel manakala paparan dalaman berukuran 8.03 inci beresolusi 2,748 x 1,172 piksel.

    Kedua-dua skrin menampilkan kadar penyegaran LTPO 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. X Fold 3 Pro dilengkapi dengan pengimbas cap jari ultra-sonik bersepadu manakala varian standard bergantung pada pengimbas yang dipasang di sisi. Daripada segi reka bentuk, siri Vivo X Fold 3 menampilkan modul kamera belakang bulat.

    Varian standard dikatakan telefon boleh lipat paling nipis berukuran hanya 4.65mm apabila dilipat. vivo mengatakan bahawa siri X Fold 3 mempunyai engsel ringan ultra-tahan lama gentian karbon. Telefon lipat itu telah memperoleh pensijilan kalis jatuh lima bintang Swiss SGS yang pertama.

    Model Pro dan standard mempunyai penarafan IPX8 dan IPX4 kalis air yang diperakui. Siri vivo X Fold 3 mempunyai tiga kamera belakang yang terdiri daripada penderia utama 50MP OV50H OIS, ultra lebar 50MP dan potret 50MP. X Fold 3 Pro pula mempunyai penderia periskop OIS 64MP dengan zum optik 3x dan panjang fokus 70mm.

    Siri X Fold 3 menampilkan kamera swafoto 32MP yang ditempatkan di dalam potongan lubang tebuk. Hanya model Pro yang disertakan dengan cip pengimejan V3 yang dibangunkan vivo. vivo X Fold 3 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 manakala model standard dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

    Pilihan RAM LPDDR5 adalah sehingga 16GB dan storan 1TB UFS 4.0. Bateri X Fold 3 berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W manakala Fold 3 Pro mempunyai bateri berkapasiti 5,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan wayarles 50W.

    vivo X Fold 3 Pro menawarkan storan 16/512GB berharga CNY 9,999 (~RM6,543) dan 16/1TB berharga CNY 10,999 (~RM7,197). X Fold 3 standard pula bermula pada CNY 6,999 (~RM4,580) untuk storan 12/256GB, storan 16/256GB berharga CNY 7,499 (~RM4,907), storan 16/512GB berharga CNY 7,999 (~RM5,234) dan storan 16/1TB berharga CNY 8,999 (~RM5,888).

    Kedua-dua telefon datang dalam warna Hitam dan Putih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...