More

    Google Pixel 9a akan dijual di Malaysia bermula 16 April 2025

    Selepas mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan Google Pixel 9a pada beberapa minggu lalu, kini Google Malaysia mengesahkan bahawa telefon ini akan mula dijual di Malaysia bermula 16 April 2025 pada harga bermula RM2,699.

    Secara ringkas, Pixel 9a merupakan varian paling mampu milik dalam siri telefon Google Pixel 9. Ia mempunyai skrin pOLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kedalaman warna 8-bit yang menawarkan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Ia juga mempunyai kecerahan puncak 2,700 nits yang membenarkan anda untuk lihat skrin ini dengan lebih mudah walaupun di bawah cahaya matahari terik.

    Untuk rekaan, ia mempunyai kaca Corning Gorilla Glass 3 di bahagian hadapan manakala di belakang pula dibuat daripada plastik polycarbonate. Bahagian sisinya mempunyai rangka aluminium.

    Seperti varian Pixel 9 yang lain, ia dilengkapi cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2 bagi menghasilkan prestasi yang tinggi untuk kegunaan AI. Ia hanya didatangkan dengan satu sahaja pilihan RAM iaitu 8GB, manakala untuk storan terdapat dua varian iaitu 128GB dan 256GB.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 8MP dan kamera ultra-lebar 13MP di belakang, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 13MP. Ini merupakan Pixel A pertama yang menerima fungsi fotografi Macro Focus dan Astrophotography.

    Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda boleh baca artikel pengumumannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...