More

    Google Pixel baharu akan guna cip dari TSMC, bukan lagi Samsung

    Google mengumumkan peralihan strategik dalam pengeluaran cip Tensor untuk telefon pintar Pixel. Bermula dengan Pixel 10, Google akan bekerjasama dengan TSMC untuk menghasilkan cip Tensor G5 bagi menggantikan Samsung Foundry. Perjanjian ini dijangka berlangsung selama tiga hingga lima tahun meliputi pengeluaran cip untuk model Pixel 10 hingga Pixel 14.

    Cip Tensor G5 yang dikenali secara dalaman sebagai “Laguna” akan dihasilkan menggunakan proses N3E TSMC iaitu versi lanjutan daripada teknologi 3nm. Ini dijangka memberikan peningkatan prestasi, pengurangan penggunaan kuasa dan kecekapan haba yang lebih baik berbanding cip Tensor G4 yang dihasilkan dengan proses 4nm Samsung.

    Selain itu, Google mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada komponen buatan Samsung dengan menggantikan beberapa elemen penting dalam cip Tensor G5. Pemproses isyarat imej kini direka oleh Google sendiri, pengawal paparan daripada VeriSilicon, codec video daripada Chips&Media dan modem daripada MediaTek.

    Langkah ini menunjukkan usaha Google untuk mengawal lebih banyak aspek dalam reka bentuk dan pengeluaran perkakasan mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DIGITIMES

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured