More

    Google Pixel Buds terbaru diumumkan: Adaptive Sounds dan boleh terjemah berharga ~RM747

    Baru-baru ini, Google telah mengumumkan kehadiran fon telinga wayarles terbarunya, Google Pixel Buds. Untuk pengetahuan anda, Google Pixel Buds ini adalah generasi kedua daripada Google Pixel Buds yang pertama. Ia kini hadir dengan ciri teknologi menarik untuk pasaran fon telinga wayarles.

    Menurut Google, Pixel Buds dilengkapi Adaptive Sounds yang mengubah suai kelantangan bunyi secara automatik bergantung kepada persekitaran anda. Terdapat juga sensir dan mikrofon terbina dalam yang membenarkan anda membuat panggilan walau anda berada di tempat bising.

    Google Pixel Buds baharu ini mampu bertahan sehingga 5 jam melalui satu kali pengecasan apabila muzik dimainkan secara berterusan. Turut hadir adalah fungsi penterjemahan masa nyata (real time translation) apabila ia dipadankan dengan aplikasi Google Translate.

    Terdapat beberapa pilihan warna seperti Clearly White, Oh So Orange, Quite Mint dan Almost Black. Di pasaran Amerika Syarikat, harganya adalah $179 (~RM747). Namun, kami ketiadaan maklumat mengenai kehadirannya secara rasmi di Malaysia.

    Mungkin terdapat pengedar tidak sah Google yang menjualnya di laman e-dagang, namun kami menasihatkan anda untuk berhati-hati jika ingin membelinya melalui pengedar tersebut. Anda boleh melihat maklumat lanjut di laman web rasmi Google.

    Adakah anda menyukainya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Google dan telefon pintar Google Pixel!

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured