More

    Google Pixel Fold dilancar: Tensor G2, skrin luar dan dalam 120Hz berharga ~RM8,020

    Semasa persidangan I/O oleh Google, syarikat itu telah melancarkan beberapa peranti termasuk tablet Pixel, Pixel 7a dan telefon boleh lipat pertama Google iaitu Pixel Fold. Peranti ini berukuran 139.7 x 79.5 x 12.1 mm apabila dilipat dan berukuran 139.7 x 158.7 x 5.8 mm apabila dibuka dengan berat 283g serta penarafan IPX8 untuk kalis air.

    Skrin luaran mempunyai saiz 5.8 inci beresolusi OLED 1080×2092 piksel, segar semula skrin 120Hz dengan perlindungan Gorilla Glass Victus, kecerahan HDR sehingga 1,200 nits dan kecerahan puncak 1,550 nits. Skrin bahagian dalam ialah OLED 7.6 inci, nisbah skrin 6:5, resolusi 2208×1840 piksel dan kadar penyegaran 120Hz.

    Ia juga dilengkapi Kaca Ultra Nipis dengan lapisan plastik pelindung di bahagian atas, kecerahan HDR sehingga 1,000 nits dan kecerahan puncak 1,450 nits. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Google Tensor G2 dengan pemproses bersama keselamatan Titan M2. Untuk memori, Pixel Fold mempunyai RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 256 atau 512GB.

    Terdapat tiga kamera di bahagian belakang iaitu kamera utama 48MP dengan 1/2″ saiz sensor, 0.8 μm piksel lebar, f/1.7 apertur, OIS, ultralebar 10.8MP dengan 1/3″ saiz sensor, 1.25 μm piksel lebar dan apertur f/2.2 serta telefoto zum optik 5x 10.8MP dengan saiz sensor 1/3.1″, lebar piksel 1.22 μm, apertur f/3.05 dan sokongan untuk Zum Super Res sehingga 20x.

    Skrin luar terdapat kamera fokus tetap 9.5MP dengan lebar piksel 1.22 μm dan apertur f/2.2 manakala skrin dalam dilengkapi kamera 8MP dengan fokus tetap dan lebar piksel 1.12 μm bersama apertur f/2.0. Pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa, sokongan dwi-SIM, pembesar suara stereo dan bateri 4,821 mAh yang menyokong pengecas USB-C 30W.

    Telefon ini menjalankan Android 13 dan tersedia dalam pilihan dua warna iaitu Porselin dan Obsidian. Google Pixel Fold dijual dengan harga $1,799 (~RM8,020) dan kita perlu menunggu kenyataan rasmi Google tentang ketersediaanya dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured