More

    Google Pixel Watch 4 dilancar dengan paparan lebih terang, cip baharu dan AI Gemini bermula RM1,749

    Google hari ini mengumumkan pelancaran rasmi jam tangan pintar terbaharu Pixel Watch 4 yang hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 41mm dan 45mm. Pixel Watch 4 masih mengekalkan bentuk muka jam bulat klasik tetapi kini menampilkan paparan kubah Actua 360 melengkung buat kali pertama.

    Ia menawarkan nisbah skrin kepada badan 10% lebih besar, bezel 15% lebih nipis dan kecerahan maksimum 3000 nit iaitu 50% lebih terang berbanding model lama. Antara muka juga diperbaharui dengan Material You (Material Design 3) yang menampilkan ikon lebih bulat, animasi lebih lancar dan pengalaman lebih interaktif.

    Pixel Watch 4 dipacu cip Snapdragon W5 Gen 2 yang lebih berkuasa dan mesra AI. Hayat bateri kini lebih panjang sekitar 30 jam untuk versi 41mm dan hingga 40 jam bagi versi 45mm manakala dalam mod penjimatan kuasa, ia mampu bertahan sehingga 3 hari. Pengecasan juga lebih pantas dengan kuasa mencapai 50% dalam hanya 15 minit.

    Salah satu ciri utama yang diperkenalkan ialah integrasi penuh dengan AI Gemini yang menggantikan Google Assistant. Pengguna hanya perlu angkat pergelangan tangan dan bercakap tanpa perlu kata kunci. Gemini menyokong arahan lebih kompleks, respons pintar berdasarkan konteks dan akan diperluas kepada Jurulatih Kesihatan Gemini yang menggunakan data Fitbit untuk memberikan cadangan kecergasan peribadi.

    Untuk fungsi kesihatan, Pixel Watch 4 kini dilengkapi penderia suhu kulit yang memantau perubahan suhu badan secara masa nyata di samping sokongan mod sukan baharu seperti pickleball dan bola keranjang. Penjejakan tidur serta pemantauan kecergasan turut dipertingkatkan untuk menyokong ekosistem kesihatan lebih menyeluruh.

    Menariknya, Pixel Watch 4 menyokong skrin dan bateri boleh ganti buat pertama kali dengan rekaan dalaman yang mudah dibuka, memudahkan baik pulih dan mengurangkan sisa elektronik. Bagi aspek keselamatan, versi LTE kini menawarkan panggilan kecemasan SOS satelit yang membolehkan pengguna menghubungi pihak berkuasa walaupun tanpa liputan rangkaian dan tanpa caj tambahan.

    Ia juga menyokong GPS dwi-frekuensi untuk kedudukan lebih tepat untuk mengatasi masalah lokasi yang dialami model terdahulu. Pixel Watch 4 41mm dijual pada harga RM1,749 manakala model 45mm berharga RM1,999. Ia akan mula tersedia melalui peruncit sah terpilih di Malaysia mulai November 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tanga pintar terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured