More

    Google Play kini benarkan kemas kini dan muat turun 3 aplikasi serentak

    Buat para pengguna peranti Android yang kerap memuat turun aplikasi daripada Google Play Store, platform aplikasi tersebut kini membenarkan proses muat turun dan kemas kini sehingga tiga aplikasi pada masa yang sama.

    Sebelum ini, jika pengguna mahu memuat turun pelbagai aplikasi, Play Store akan menyenaraikannya dalam sebuah aturan kemudian ia akan dimuat turun satu demi satu, kemudian ia dinaikkan kepada dua aplikasi serentak bermula April lalu. Masalah itu pasti mengambil masa yang agak lama, namun anda tidak perlu lagi mengalaminya.

    Kini, jika anda mempunyai kemas kini untuk beberapa aplikasi dalam Play Store, anda boleh tekan pada “Kemas kini semua (Update all)” kemudian ia akan memuat turun kemas kini untuk tiga aplikasi serentak. Aplikasi yang masih menunggu giliran akan mempunyai teks “Menunggu (Pending)“.

    Selain itu, buat mereka yang baru sahaja membeli telefon Android baharu dan ingin memuat turun beberapa aplikasi serentak, fungsi baharu ini pasti akan mempercepatkan proses menyiapkan telefon.

    Perlu diingati bahawa fungsi ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Google dan tidak semua peranti Android akan menikmatinya buat masa ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured