More

    Google Play Store kini ada rumusan ulasan dijana AI, jimat masa baca “review”

    Sejak kebelakangan ini, Google semakin giat menambah elemen kecerdasan buatan (AI) pada hampir semua produknya. Terbaharu, ciri berasaskan AI turut hadir ke Google Play Store di Android. Kemas kini terbaharu memperkenalkan rumusan ulasan aplikasi dijana oleh AI yang membolehkan pengguna melihat ringkasan pandangan orang ramai tanpa perlu membaca satu per satu ulasan panjang.

    Ia pastinya menjimatkan masa untuk menilai sama ada sesuatu aplikasi itu bagus atau sebaliknya. Seperti biasa cara Google, pelancaran ciri baharu akan dibuat secara berperingkat. Walaupun ia sudah dikesan dalam ujian lebih setahun lalu, kini pengguna mula menerimanya secara rasmi. Apabila ciri ini tersedia, anda akan melihat seksyen “Users are saying” di atas bahagian ulasan aplikasi.

    Ia hanya muncul pada aplikasi yang mempunyai jumlah ulasan mencukupi untuk dianalisis, namun purata minimum yang tepat masih belum diketahui. Setiap rumusan AI ditulis dalam bentuk satu perenggan yang menonjolkan pandangan positif dan negatif paling biasa dalam kalangan pengguna. Di bawah perenggan tersebut, terdapat beberapa label ringkas yang boleh ditekan untuk terus melihat ulasan yang menyebut topik tersebut.

    Untuk perbandingan, Apple telah memperkenalkan ciri serupa dalam App Store iOS sejak April lalu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...