More

    Google Play Store tambah ciri carian dalam ruangan ulasan

    Google memperluaskan lagi penambahbaikan pada Google Play Store dengan memperkenalkan fungsi carian dalam bahagian ulasan yang kini mula dilancar secara meluas kepada pengguna Android. Ciri baharu membolehkan pengguna mencari kata kunci tertentu terus dalam ruangan ulasan bagi mana-mana aplikasi atau permainan.

    Walaupun kelihatan seperti penambahan kecil, ia sebenarnya memberi impak besar daripada segi kebolehgunaan terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat spesifik tanpa perlu menatal ratusan ulasan secara manual. Ia mula diuji sejak November lalu dan kini dilancarkan secara rasmi melalui kemas kini Play Store terkini.

    Proses kemas kini dilakukan secara berperingkat, jadi ada pengguna yang mungkin hanya akan menerimanya dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang. Pengguna boleh mengakses bar carian dengan menekan bahagian rating pada halaman aplikasi, kemudian memilih “See all reviews” di mana bar carian akan muncul di bahagian atas.

    Pengguna juga boleh pergi ke seksyen Reviews & Ratings dan tekan ikon kaca pembesar di bawah ringkasan ulasan yang dijana AI. Apabila sekurang-kurangnya dua perkataan dimasukkan, sistem akan memaparkan ulasan yang mengandungi padanan kata kunci tersebut. Menariknya, carian tidak menyokong satu perkataan sahaja buat masa ini yang kemungkinan pepijat atau had awal fungsi.

    Selain itu, keputusan carian juga tidak dikemas kini secara masa nyata ketika menaip dan hanya memaparkan padanan tepat berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...