More

    Google pula menarik diri dari acara MWC Barcelona 2021, ikuti Sony, Oracle dan Nokia

    Beberapa minggu lalu, GSMA mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Mobile World Congress (MWC) di Barcelona sebagai sebuah acara fizikal dan bukannya dalam talian seperti tahun lepas. Berikutan pengumuman ini, beberapa syarikat teknologi seperti Sony, Oracle, Nokia dan Ericsson telah menarik diri. Terbaru, Google juga telah mengambil keputusan yang sama.

    Google menyatakan bahawa mereka tidak akan menghadiri acara gergasi itu disebabkan protokol dan sekatan perjalanan COVID-19. Dalam kenyataan rasmi, meraka memberitahu bahawa Google akan terus bekerjasama dengan GSMA dan menyokong mereka secara dalam talian. Tambahan lagi, mereka juga menyatakan akan menghadiri acara MWC pada tahun 2022.

    Beberapa langkah telah diambil oleh GSMA untuk mengurangkan risiko penyebaran COVID-19 di acara tersebut seperti pengurangan peserta, pendaftaran tanpa sentuh dan ujian COVID-19. Namun, langkah ini mungkin tidak cukup meyakinkan kepada beberapa syarikat untuk menghantarkan wakil mereka ke Barcelona.

    MWC Barcelona 2021 bakal berlangsung pada 28 Jun sehingga 1 Julai.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured