More

    Google sahkan untuk tutup Stadia awal 2023 selepas 3 tahun beroperasi

    Walaupun Google Stadia tidak pernah menjejakkan kaki di Malaysia, masih agak mengejutkan apabila mendengar berita daripada Google bahawa platform game penstriman tersebut akan ditutup. Selepas dilancarkan pada 2019, syarikat itu memutuskan untuk menghentikan projek tersebut kerana kekurangan daya tarikan pada pengguna.

    Dengan keputusan ini, Google akan membayar balik semua pembelian perkakasan Stadia yang dibuat melalui Google Store. Ini juga termasuk semua pembelian kandungan game dan tambahan daripada Gedung Stadia. Bayaran balik mungkin akan selesai pada pertengahan Januari 2023 dan pelayan Stadia akan dihentikan sebelum 18 Januari 2023.

    Bagi mereka yang tidak tahu, konsep Google Stadia membolehkan pemain bermain gaming video melalui awan dalam talian. Ini bermakna walaupun tanpa konsol permainan tertentu, anda masih boleh bermain permainan video pada telefon, PC, komputer riba atau TV anda melalui pelayan Stadia. Di atas kertas, ia adalah idea yang bagus tetapi ini juga bermakna jumlah kelajuan internet yang tinggi diperlukan.

    Stadia juga tidak tersedia di banyak negara seperti Malaysia. Google berkata bahawa Stadia boleh digunakan pada platform lain seperti YouTube, Google Play dan Augmented Reality (AR) serta kepada rakan kongsi industri untuk masa depan gaming. Google Stadia mendahului masa kerana batasan jalur lebar yang tinggi di beberapa negara.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Blog

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured