More

    Google sedang bangunkan ciri “a tap to transfer” untuk media dalam Android 13

    Google sedang membangunkan perisian seterusnya iaitu Android 13 dengan nama kod “Tiramisu” walaupun Android 12L masih belum dilancarkan secara rasmi. Kami telah mendedahkan beberapa ciri yang sedang dalam pembangunan dan kini terdapat ciri “sentuh untuk memindahkan” (a tap to transfer) untuk main balik media.

    Android Police telah berkongsi demo mockup Google UI yang dilabelkan sebagai cara “Media TTT” berfungsi di mana TTT bermaksud  “a tap to transfer”. Tangkapan skrin memaparkan mesej “Move closer to play on DEMO” di bahagian atas paparan dan seterusnya “Playing on DEMO”. Ia juga mempunyai butang undo sekiranya anda secara tidak sengaja berjalan dekat dengan pembesar suara dan tidak mahu muzik mula dimainkan.

    Namun tiada butiran lengkap mengenai hal ini. Ia mungkin berfungsi sama seperti ciri ‘Lepaskan audio’ (Hand off audio) pada pembesar suara pintar HomePod Apple. Ciri ini menggunakan gabungan Wi-Fi dan Bluetooth tetapi mekanismenya masih tidak jelas sekiranya ia akan berfungsi dalam Android 13. Google boleh menambahkannya pada Chromecast dalam Android atau ke audio wayarles Bluetooth standard atau kedua-duanya sekali. Kami masih tidak mengetahui  teknologi yang akan digunakan oleh ciri ini untuk perkongsian fail.

    Android 13 mungkin akan dilancarkan pada penggal kedua tahun ini bersama pratonton pembangun dan keluaran beta dalam beberapa bulan akan datang. Android 12L pula berkemungkinan akan dilancarkan sebelum 31 Mac. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...