More

    Google sedang uji telefon Android untuk dijadikan kamera web tanpa aplikasi pihak ketiga

    Kualiti kamera web yang disertakan pada komputer secara amnya tidak berapa bagus menjadikan ramai pengguna memilih untuk menggunakan kamera web daripada pihak ketiga dan menggunakan telefon bimbit sebagai kamera web tetapi memerlukan pemasangan aplikasi pihak ketiga.

    Kini, Google mungkin sedang mengusahakan cara untuk menjadikan telefon Android anda sebagai kamera web USB plug-and-play. Sumber mendedahkan bahawa Google mungkin menambah sokongan untuk menukar telefon Android kepada kamera web USB.

    Beberapa data dalam Projek Sumber Terbuka Android (AOSP) menunjukkan bahawa Android sedang menambahkan perkhidmatan “DeviceAsWebcam”. Projek Sumber Terbuka Android (AOSP) ialah projek pembangunan sistem pengendalian sumber terbuka Android asli yang diselenggarakan oleh Google.

    Ia membolehkan sesiapa sahaja menyemak, menyumbang, bimbingan dan penyeliaan daripada Google. DeviceAsWebcam akan berfungsi pada peranti Android yang menyokong mod alat UVC (Kelas Video USB) standard yang membolehkan data video dihantar.

    Tidak pasti sama ada Google memutuskan untuk memasukkan ciri ini dalam kemas kini OS masa hadapan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Google. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured