More

    Google Stadia, latar belakang dinamik & mod gelap akan datang ke dalam OxygenOS

    Selain melancarkan OnePlus 8 semalam, OnePlus juga mengumumkan ciri-ciri khas yang akan datang ke dalam sistem operasinya, OxygenOS, seperti sistem antara muka (UI) dengan mod gelap, gambar latar belakang yang bergerak (dynamic wallpaper), mod Smooth Battle 2.0 dan banyak lagi.

    OnePlus mengatakan sistem antara muka mod gelap yang akan diperkenalkan dalam OxygenOS telah “diperbaharui” (refreshed) untuk OnePlus 8 di mana skrin akan menunjukkan imej yang lebih mudah pada pandangan mata dan mengurangkan penggunaan bateri. Bagi gambar latar belakang yang bergerak, ia akan berubah mengikut keadaan cuaca.

    Mod Smooth Battle 2.0 pula akan mengoptimumkan UI di mana pengalaman meleret (swiping) dan navigasi skrin akan menjadi lebih lancar berbanding Smooth Battle sebelum ini. Kadar segar semula 120Hz dalam OnePlus 8 juga tentunya akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pantas. Terdapat 280 opitimisation untuk menjadikan penggunaan OnePlus 8 lebih lancar berbanding model-model sebelumnya.

    Bagi perkhidmatan Google, Fungsi Live Caption yang diperkenalkan oleh Google tahun lepas juga akan terdapat dalam OnePlus 8. Live Caption menunjukkan sarikata automatik audio dan video dalam masa sebenar (real-time).

    Perkhidmatan storan awanan Google One juga akan disertakan dengan kapasiti 100GB dan tempoh percubaan percuma selama tiga bulan. Selain itu, perkhidmatan gaming awanan Google Stadia dan aplikasi Amazon Alexa juga akan terdapat dalam OnePlus 8.

    Jadi adakah anda teruja dengan kemas kini OxygenOS pada masa akan datang? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemah daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured