More

    Google tegaskan kelembapan YouTube tiada kena mengena dengan pihaknya

    Google telah mengesahkan bahawa kelembapan yang dialami oleh pengguna YouTube tiada kaitan dengan langkah penyekat iklan yang dilakukannya. Isu masa pemuatan video dalam YouTube yang agak panjang telah diadukan pada Reddit.

    Pengguna YouTube melaporkan bahawa mereka mengalami pemuatan video yang panjang pada platform dengan extensions penyekat iklan didayakan. Sesetengah dengan langganan YouTube Premium juga mengalami kelembapan kerana mereka menggunakan penyekat iklan untuk tujuan lain.

    Anehnya, Google telah mengesahkan bahawa penyekat iklan tidak ada kaitan dengan isu yang sedang berlaku. Laporan terkini pengguna yang mengalami kelewatan pemuatan di YouTube tidak berkaitan dengan usaha pengesanan penyekat iklan Google.

    Pengguna disarankan untuk mengikuti langkah penyelesaian masalah yang dicadangkan Google tetapi ambil perhatian bahawa prestasi YouTube sudah pasti akan terjejas jika anda menggunakan penyekat iklan. Nampaknya isu itu juga berkaitan dengan penggunaan versi terkini AdBlock dan AdBlock Plus.

    Menurut pembangun uBlock Origin, Raymond Hill, penggunaan kedua-dua AdBlock dan AdBlock Plus secara serentak boleh menjadi punca kelewatan pemuatan video. Dia menjelaskan bahawa masalahnya terletak pada penyekat iklan dan bukannya Google.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured