More

    Google Translate uji paparan skrin penuh untuk Android, bantu ketika melancong

    Google kini sedang menguji ciri baharu pada aplikasi Google Translate untuk Android yang membolehkan pengguna memaparkan hasil terjemahan dalam mod skrin penuh. Ciri ini dilihat kecil, namun berpotensi besar untuk memudahkan interaksi ketika berkomunikasi dengan penutur asing terutama semasa melancong.

    Kemas kini juga hadir dengan teks terjemahan yang akan dipaparkan dengan saiz tulisan lebih besar menjadikannya lebih jelas untuk dibaca dan mudah ditunjukkan kepada individu lain semasa berbual. Fungsi tersebut sebenarnya sudah lama tersedia pada iOS dan Google kini dilihat sedang menjalankan ujian peringkat awal untuk pengguna Android.

    Antara penambahbaikan lain yang turut diuji ialah dua butang baharu bertanda “Understand” dan “Ask”. Butang ini dipercayai membantu pengguna mendapatkan konteks tambahan bagi sesuatu terjemahan atau mengemukakan soalan susulan berdasarkan teks yang diterjemah.

    Langkah ini menunjukkan usaha Google mempertingkatkan kefungsian terjemahan agar lebih interaktif dan berguna dalam situasi dunia sebenar. Walaupun masih dalam fasa ujian, ramai menjangkakan kemas kini ini akan dilancarkan secara meluas kepada semua pengguna Android dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...