More

    Google TV bakal tawarkan siaran TV percuma tidak lama lagi

    Google TV yang merupakan platform TV pintar beroperasi atas sistem operasi Android menggunakan peranti Chromecast mengatakan bahawa penggunanya bakal menikmati siaran TV secara percuma tidak lama lagi.

    Laporan yang diterima menyatakan bahawa Google sedang dalam perbincangan bersama syarikat pengiklanan dan organisasi penyiaran TV untuk membantu Google dalam menyediakan perkhidmatan TV percuma menggunakan platformnya.

    Hal ini akan menjadikan Google TV sama seperti siaran TV biasa yang mempunyai iklan komersial ketika menonton. Spekulasi mengatakan bahawa tawaran ini bakal menemui penggunanya beberapa minggu akan datang atau ketika pelancaran TV pintar hasil kerjasama bersama Google yang mungkin diumumkan pada awal tahun hadapan.

    Kemungkinan pengguna boleh akses menu TV secara langsung khusus untuk melihat saluran yang mereka minat. Selain daripada menggunakan Google TV secara dalam talian, ia juga boleh diakses menggunakan antena.

    Apa yg dilakukan Google bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini salah sebuah syarikat penyiaran iaitu Roku telah melancarkan platform TV pintar dengan lebih 10,000 episod TV dan filem serta 200 siaran percuma. Samsung dan LG juga dilihat mengambil langkah yang sama dengan menyediakan saluran TV secara percuma.

    Pertama kali Google mengumumkan bahawa mereka berminat dalam penstriman TV percuma adalah ketika melancarkan platform Android TV pada tahun 2014. Pelbagai langkah yang Google telah lakukan seperti mengumpulkan rancangan yang menarik secara langsung daripada aplikasi streaming dan penyiar, namun masih tidak mampu menarik minat orang ramai.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured