More

    Google TV Streamer 4K diumum untuk menggantikan Chromecast, berharga ~RM446

    Google telah mengumumkan Google TV Streamer 4K terbaharu yang tiba sebagai pengganti rasmi kepada Chromecast. Google TV Streamer 4K hadir dengan prestasi yang dipertingkatkan dan kefungsian AI terbina dalam.

    Ia menampilkan reka bentuk bujur dan leper menjadikannya senang untuk diletakkan di mana-mana. Selain daripada peningkatan prestasi, perkara yang membezakan Google TV Streamer daripada Chromecast ialah Gemini AI. Alat baharu Google dikuasakan oleh Gemini AI iaitu AI generatif yang boleh membantu pengguna dengan pelbagai tugas.

    Pengguna boleh mencari jawapan atau mendapatkan ringkasan penuh, ulasan dan banyak lagi mengenai kandungan yang akan mereka tonton dengan Google TV Streamer. Model ini juga menampilkan pemproses yang dipertingkatkan iaitu 22% lebih pantas daripada pendahulunya bersama-sama dengan RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

    Google juga mendakwa TV Streamer mempunyai masa muat aplikasi yang lebih pantas. Ia menyokong 4K HDR, Dolby Vision dan Dolby Audio untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan. Pilihan kesambungan termasuk port USB-C, port HDMI 2.1, port Ethernet, Bluetooth 5.1 dan WiFi dwijalur.

    Google TV Streamer 4K diumumkan dalam dua pilihan warna matte iaitu Hazel dan Porcelain. Ia telah diumumkan di AS dengan harga $99.99 (~RM446). Jualan akan bermula pada 24 September 2024 dan ia boleh dibeli melalui Google Store. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured