More

    Google uji fungsi boleh terus beli barang melalui video YouTube

    Sepertinya, ciri memfokuskan urusan jual beli menjadi trend di mana-mana platform media sosial termasuklah Instagram dan WhatsApp. Google kini dilihat sedang menguji ciri jual beli melalui laman video YouTube.

    Menurut sumber, Google merancang untuk membenarkan pengguna melakukan pembelian secara terus melalui video YouTube. Beberapa saluran telah dibenarkan untuk menguji fungsi ini di mana mereka boleh terus menjual produk melalui video. Tambah sumber, terdapat ikon beg yang muncul di bahagian bawah sebelah kiri video untuk diklik oleh pengguna.

    Ciri ini agak menarik kerana setiap jenama boleh menjual produk melaluinya. Contohnya, Samsung boleh terus mengambil pra-tempah siri Galaxy S21 melalui video pelancarannya. Ikon ini dilapor dapat dilihat melalui aplikasi YouTube di Android atau iOS, dan pelayar. Setakat ini, hanya pencipta kandungan di AS sahaja yang mempunyai akses fungsi baharu ini.

    Apakah pendapat anda melalui hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

    Gambar dari Social Samosa

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured