More

    Google umum pelaburan AS$2 bilion di Malaysia, bangunkan pusat data dan Google Cloud Region

    Google telah mengumumkan pelaburan AS$2 bilion (~RM9.42 bilion) di Malaysia untuk pembangunan pusat data pertama Google di negara ini, penubuhan Google Cloud Region serta pelancaran program celik kecerdasan buatan (AI) untuk pelajar dan pendidik.

    Pusat data baharu itu akan ditempatkan di Elmina Business Park milik Sime Darby Property. Google menekankan bahawa pelaburan ini sejajar dengan “Dasar Cloud First” Malaysia dan bekerjasama dengan kerajaan untuk memajukan standard keselamatan siber yang tinggi.

    Google juga berhasrat untuk memperkenalkan program Akademi Gemini yang bertujuan untuk mendidik lebih 600 tenaga pengajar di negara ini tentang penggunaan alat AI generatif. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Google untuk melengkapkan pendidik dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan pelajar bagi masa depan yang dipacu AI.

    Pelaburan Google menyumbang lebih AS$3.2 bilion (~RM15 bilion) kepada KDNK Malaysia dan menyokong 26,500 pekerjaan menjelang 2030. Pusat data Google akan meningkatkan prestasi perkhidmatan seperti Carian, Peta dan Workspace manakala Cloud Region akan menawarkan perkhidmatan awan kependaman rendah berprestasi tinggi kepada pelbagai sektor.

    Terakhir, para pendidik juga dilatih untuk mengajarkan konsep AI kepada pelajar berumur 11 sehingga 14 tahun dengan kerjasama Google DeepMind, Raspberry Pi Foundation dan Kluster Sains Pulau Pinang. Pengumuman hari ini menggariskan perkongsian jangka panjang Google dengan Malaysia dan sokongannya terhadap ekonomi digital negara.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...