More

    Google umumkan inisiatif AI baharu untuk Malaysia dan negara ASEAN, tingkatkan pembangunan serantau

    Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, Google mengumumkan beberapa inisiatif baharu untuk Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Inisiatif ini bertujuan melengkapkan orang ramai dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI) untuk menghadapi ekonomi berasaskan AI serta memajukan pelbagai bidang.

    Berikut adalah beberapa inisiatif AI baharu oleh Google yang diperkenalkan untuk rantau Asia Tenggara:

    AlphaFold untuk bangunkan rawatan kesihatan

    Antara inisiatif AI Google yang diperkenalkan termasuklah AlphaFold yang dibangunkan oleh Google DeepMind. Ia telah dimanfaatkan oleh lebih 85,000 penyelidik dalam Asia Tenggara untuk memodelkan struktur protein 3D yang kompleks dengan lebih tepat.

    Ia bukan sahaja meningkatkan penemuan dalam bidang biologi, malah memperecepat usaha mencari rawatan dan vaksin berkesan untuk penyakit berjangkit seperti meliodosis. AlphaFold telah digunakan oleh para penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengkaji bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.

    AlphaFold turut digunakan oleh para penyelidik di Singapura untuk mengesan tanda-tanda awal penyakit Parkinson supaya mereka boleh mencari solusi kesihatan yang lebih proaktif.

    Membangunkan pertanian lebih lestari

    Selain itu, inisiatif AnthroKrishi yang dibangunkan oleh Google DeepMind akan menyediakan maklumat pertanian masa nyata untuk ladang-ladang di Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Antara metrik yang disediakan termasuklah tanaman, saiz ladang, jarak ke sumber air dan tarikh penanaman atau penuaian terakhir.

    Usaha ini akan menyokong kelestarian pertanian di Asia Tenggara untuk menghadapi perubahan iklim.

    Google turut menyediakan pembiayaan berjumlah AS$1.5 juta kepada TransitionZero, sebuah organisasi bukan untung analitik iklim, untuk membangunkan alat berasaskan AI yang boleh menjimatkan serta mempercepat peralihan ke arah tenaga bersih. Ia akan dimulakan di Malaysia dan Singapura dengan kerjasama kerajaan serta organisasi berkaitan.

    "
    "

    Meningkatkan tahap celik AI dalam masyarakat

    Bagi mendidik asas yang kukuh dalam kecelikan AI, Google melancarkan inisiatif AI Ready ASEAN pada Oktober 2024. Sehingga kini, inisiatif ini telah membekalkan lebih 800,000 belia, pendidik dan ibu bapa dengan kemahiran celik AI yang penting. Platform AI Class ASEAN turut dimanfaatkan oleh lebih 14,000 pengguna untuk memperluas akses kepada latihan penting.

    Di samping itu, Google telah memperuntukkan AS$5 juta untuk mempromosikan kesejahteraan digital dalam kalangan belia di seluruh Asia Tenggara. Ia bertujuan menyediakan sumber kepada ibu bapa, pendidik dan remaja bagi menggalakkan hubungan positif dengan teknologi.

    Buat para pendidik, Gemini Academy telah melatih hampir 31,000 pendidik di Malaysia sejak 2023. Google mendapati 75% daripada pendidik yang mengikuti program itu telah menjadi lebih produktif selepas mengintegrasikan alat AI dalam pengajaran mereka. Ini termasuklah penjimatan masa sebanyak 3.1 jam untuk pemarkahan, 2.8 jam untuk pembangunan idea kreatif dan 1.9 jam untuk penyediaan kandungan pelajaran.

    Beritahu kami di Facebook jika inisiatif AI oleh Google ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...