More

    Google Voice kini beri amaran kepada pengguna tentang panggilan “spam” yang disyaki

    Google telah mengumumkan ciri baharu pada Google Voice yang menambahkan amaran merah “disyaki pemanggil spam“ untuk panggilan yang dipercayai sebagai suatu penipuan. Ini dibuat untuk melindungi pengguna daripada panggilan yang tidak diingini dan berpotensi menjadi penipuan berbahaya.

    Syarikat itu menghuraikan bahawa ia melakukan usaha ini dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti berbilion-bilion panggilan spam setiap bulan merentas ekosistem panggilan Google. Label baharu akan muncul pada skrin panggilan masuk Google Voice dan disimpan dalam sejarah panggilan pengguna.

    Jika pengguna menerima label, pengguna boleh mengesahkan panggilan yang disyaki atau menandai panggilan berlabel sebagai bukan spam. Setelah itu, ia akan terus memindahkan panggilan daripada nombor tersebut ke mel suara dan sejarah panggilan untuk dimasukkan ke dalam folder spam. 

    Jika anda memilih pilihan kedua, label spam yang disyaki tidak akan dipaparkan untuk nombor itu lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured