More

    Grab lancarkan perkhidmatan ‘carpooling’, JustSave dengan tambang 20% lebih rendah

    Grab mengumumkan pelancaran JustSave iaitu perkhidmatan carpooling yang membolehkan penumpang menjimatkan wang dengan berkongsi tunggangan dengan penumpang lain yang menuju ke arah yang sama. Buat masa ini, hanya terdapat maksimum dua tempahan bagi setiap perjalanan di Lembah Klang, Malaysia.

    Untuk menggunakan JustSave, penumpang hanya perlu membuka aplikasi Grab dan memilih pilihan “JustSave”. Aplikasi itu kemudiannya akan memadankan mereka dengan penumpang lain yang menuju ke arah yang sama. 

    Jika seorang penumpang membatalkan semasa pemandu-rakan kongsi dalam perjalanan, penumpang yang membatalkan perjalanan perlu membayar yuran pembatalan yang akan diberikan kepada pemandu. Tempahan penumpang yang selebihnya tidak akan terjejas dan boleh meneruskan perjalanan. 

    Tambang untuk tunggangan JustSave biasanya 20% lebih rendah daripada tunggangan Grab biasa. Ini mungkin satu inisiatif yang bagus untuk orang dapat bergaul dalam perjalanan tetapi kami mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

    JustSave akan dilancarkan ke lebih banyak kawasan dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...