More

    Grab Malaysia perkenalkan AudioProtect, pengaktifan rakaman audio semasa perjalanan

    Sempena Hari Wanita Sedunia, Grab Malaysia mengumumkan pelancaran inovasi keselamatan terbaru bagi meningkatkan lagi keselamatan pemandu dan penumpang iaitu ciri AudioProtect. Dengan AudioProtect, pemandu dan penumpang diberi pilihan untuk mengaktifkan rakaman audio semasa perjalanan.

    Ciri ini juga akan membantu mempercepatkan dan menyelesaikan sebarang laporan yang dibuat kepada Grab. Pengguna boleh mengaktifkan AudioProtect dengan memilih Pusat Keselamatan dan kemudian memilih AudioProtect di mana anda akan dapat melihat ‘Recording: On’.

    Semua perjalanan akan mula dirakam  setelah mengaktifkan ciri ini. Untuk menyahaktifkan ciri ini, penumpang dan rakan pemandu boleh hentikan AudioProtect ‘Off’ dalam ‘Safety Centre’ atau menyahaktifkan ciri ini dalam akaun mereka.

    Untuk memastikan data komuniti sentiasa dilindungi, Grab Malaysia berkata bahawa rakaman disulitkan secara automatik pada peranti masing-masing dan tidak boleh diakses oleh semua pihak termasuk Grab melainkan laporan rasmi dibuat kepada Grab. Selain itu, rakaman akan dipadamkan secara automatik selepas lima hari jika tiada laporan dibuat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...