More

    Grab Malaysia perkenalkan GrabScholar bersama Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dan GoBarakah

    Grab Malaysia melancarkan GrabScholar dengan kerjasama Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dan GoBarakah. Dengan fokus GrabForGood dan disokong oleh GrabForGood Fund, GrabScholar bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan dengan menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada lebih 300 pelajar Malaysia.

    Dalam kerjasama strategik dengan YTAR, GrabScholar akan menyediakan biasiswa universiti untuk pelajar yang mengejar ijazah khususnya dalam bidang kelestarian, perniagaan dan STEM di semua universiti awam di seluruh Malaysia. Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian penuh, elaun, peluang latihan industri serta program pembangunan kepimpinan unik selama 2 tahun.

    GoBarakah pula akan memberikan bantuan kewangan kepada 300 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia untuk mengurangkan beban kewangan perbelanjaan sekolah. Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Universiti GrabScholar adalah pada 22 Julai 2024 manakala permohonan untuk bantuan sekolah akan dibuka sehingga 31 Julai 2024.

    Untuk maklumat lanjut mengenai GrabScholar, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured