More

    Grab uji ciri ‘Women-Only Rides’ di Lembah Klang, fokus keselamatan penumpang wanita

    Terbaharu, Grab telah melancarkan ciri baharu dikenali sebagai “Women-Only Rides” secara beta di kawasan Lembah Klang. Ia direka khusus untuk pengguna wanita dengan tetapan yang memastikan kedua-dua penumpang dan pemandu terdiri daripada wanita.

    Pendekatan ini dilihat sebagai usaha untuk menyediakan persekitaran perjalanan yang lebih selamat dan selesa khususnya bagi mereka yang bergerak secara bersendirian atau pada waktu lewat malam. Selain tempahan individu, ia juga menyokong tempahan berkumpulan yang membolehkan beberapa penumpang wanita berkongsi satu perjalanan yang sama.

    Untuk mengaktifkan fungsi tersebut, pengguna perlu melengkapkan dua syarat utama dalam aplikasi. Ini termasuk mengisytiharkan jantina dalam profil serta menjalani proses pengesahan identiti. Proses verifikasi boleh mengambil masa sehingga tiga hari bekerja sebelum akses kepada ciri diberikan untuk memastikan hanya pengguna yang layak boleh menggunakannya.

    Berbeza dengan tempahan biasa, Women-Only Rides tidak tersedia secara on-demand. Sebaliknya, ia memerlukan tempahan awal melalui fungsi penjadualan dalam aplikasi. Pendekatan ini membolehkan sistem memadankan penumpang dengan pemandu wanita yang tersedia dengan lebih tepat.

    Pada peringkat awal, ciri ini hanya ditawarkan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke kawasan lain di Malaysia. Dengan ciri Women-Only Rides, Grab memperkukuh aspek keselamatan dan keyakinan pengguna khususnya dalam kalangan wanita.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Grab

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...