More

    Grab umum insentif RM1000 kepada pemandu atau penunggang bagi pendaftaran baharu

    Grab telah mengumumkan insentif baharu untuk menambah bilangan rakan kongsi pemandu bagi perkhidmatan e-hailing mereka. Syarikat itu berharap ini dapat menarik pemandu untuk mendaftar dan memenuhi permintaan orang ramai untuk sistem pengangkutan.

    Pendaftaran bonus berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022 dengan ganjaran sehingga RM1,000 kepada rakan kongsi pemandu baharu. Namun, pemandu harus memenuhi bilangan perjalanan minimum untuk layak menerima bonus ini. 

    Pada bulan Mei lepas, bilangan rakan kongsi pemandu di platform Grab masih kurang daripada 70% sejak pandemik. Hal ini kerana proses yang panjang dan bayaran yang mahal dikenakan ke atas pemandu sebelum mereka secara rasmi memasuki perkhidmatan e-hailing. 

    Bakal pemandu mesti menghadiri latihan selama enam jam, lulus peperiksaan, pemeriksaan kenderaan, membeli insurans serta mengumpul dan menyerahkan dokumen kepada pelbagai agensi kerajaan untuk diproses.

    Selain itu, Grab mengenakan pelaburan kewangan berjumlah lebih RM500 kepada setiap rakan kongsi pemandu baharu untuk menyertainya. Syarikat itu turut melanjutkan bayaran balik sedia ada sehingga 100% daripada jumlah kos pematuhan kawal selia untuk membantu beban kos mereka. 

    Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi Grab Malaysia dan ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan e-haling ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured