More

    Grab umumkan pelaburan USD60 juta untuk syarikat pemanduan kawal jauh Vay

    Grab Holdings Limited telah mengumumkan persetujuan tetap untuk melaburkan USD60 juta (~RM250 juta) terhadap Vay Technology GmbH iaitu sebuah syarikat dari Jerman yang membangunkan teknologi pemanduan kawal jauh (remote driving).

    Persetujuan ini menandakan kemasukan Grab dalam industri pembangunan tele-pemanduan (teledriving) dan kenderaan berdikari (autonomous vehicle). Ia akan diseliakan oleh kelulusan daripada pihak berkuasa serta syarat-syarat persetujuan standard, dan dijangka akan lengkap sepenuhnya pada suku keempat tahun ini lantas memberikan pegangan syer minoriti Vay kepada Grab.

    Ini merupakan strategi jangka panjang untuk membangunkan kemudahan gerakan dalam Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Anthony Tan berkata kerjasama ini merupakan kunci penting dalam membangunkan model pengangkutan hibrid yang menggabungkan rakan-rakan pemandu dengan teknologi pemanduan kawal jauh.

    Dengan kerjasama ini, Grab ingin membangunkan lagi kebolehan teknologi Vay dan meluaskan teknologinya untuk pasaran antarabangsa terutamanya Amerika Syarikat (AS). Vay telah pun menguji kenderaan elektrik (EV) yang dikawal jauh di negara tersebut, terutamanya di Las Vegas sejak 2024.

    Vay menawarkan teknologi khas di mana melalui aplikasinya, pengguna boleh menyeru sebuah EV yang akan dipandu secara jauh (remotely driven) ke lokasi beliau. Pengguna kemudian boleh pandu EV ini seperti biasa dan apabila beliau selesai memandu dan tiba di destinasi, seorang pemandu dari jauh boleh memandunya semula.

    Sistem ini mengurangkan masa terbiar (idle time), meningkatkan kecekapan kenderaan dan mengurangkan kos operasi berbanding syarikat seru pandu konvensional. Ia menggunakan rekaan kamera dan perkakasan ringan bagi membenarkan penggunaannya dengan standard keselamatan yang tinggi.

    Pelaburan daripada Grab ini berpotensi untuk ditingkatkan kepada USD350 juta dalam masa tahun pertama, jika Vay berjaya mencapai kejayaan tertentu dalam aspek pendapatan daripada pelanggan, keluasan pasaran di AS dan kelulusan daripada pihak berkuasa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Grab

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured