More

    Grab umumkan perkhidmatan hantaran barang runcit bernama GrabSupermarket

    Grab hari ini mengumumkan perkhidmatan terbaru bernama GrabSupermaket iaitu perkhidmatan hantaran barang runcit ke rumah pelangga. Perkhidmatan tersebut menawarkan produk seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan sejuk beku, minuman, produk kesihatan dan lain-lain barang keperluan.

    Untuk membeli barang runcit daripada GrabSupermarket, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Grab, klik pada ikon Mart dan mula pilih barangan yang ingin dibeli. Barang tersebut akan dibekalkan daripada sebuah pusat pengedaran yang dikhususkan untuk urus niaga atas talian dan tidak berurus niaga dengan pelanggan akhir secara terus. Setiap pesanan akan dihantar pada hari berikutnya tanpa sebarang caj penghantaran.

    Buat masa ini, perkhidmatan ini masih lagi dalam peringkat ujian awal dan hanya boleh digunakan oleh penduduk Seksyen 12 dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Setakat ini tiada maklumat jika perkhidmatan GrabSupermarket akan diperluaskan ke tempat-tempat lain dalam masa terdekat. Layari laman web GrabSupermarket untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini.

    Memandangkan pelaksanaan PKPB menyukarkan rakyat untuk keluar membeli barang, mungkin perkhidmatan GrabSupermarket ini boleh mendapat sambutan di kalangan pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured