Dalam acara sulung GrabX hari ini, Grab telah memperkenalkan rangkaian inovasi terbarunya berkonsepkan “For Every You”. Ia merupakan satu inisiatif menyeluruh yang membawakan solusi digital pintar bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup rakyat Asia Tenggara.
Hadir dengan teknologi AI terkini dan pendekatan “AI-First with Heart”, Grab menampilkan pelbagai ciri baharu yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Berikut adalah kategori yang menerima kemas kini perkhidmatan terbaharu daripada Grab:
Keluarga
Grab for Family | Teens membolehkan remaja bergerak secara berdikari dengan selamat melalui akaun yang dihubungkan dengan ibu bapa. Ciri keselamatan termasuk pengesahan PIN pemandu, pemantauan perjalanan secara langsung dan sistem AudioProtect berasaskan AI yang mampu mengesan situasi bahaya dalam masa nyata.


Bagi tempahan makanan berskala besar seperti untuk perayaan, sistem baharu Grab akan menggunakan model bahasa AI untuk mengagihkan penghantaran mengikut kesesuaian logistik sama ada menggunakan kenderaan 4 roda atau membahagikan kepada dua penghantar bermotosikal.
Solo
GrabFood for One direka khas untuk pelanggan solo dengan hidangan lengkap, tiada perbelanjaan minimum dan yuran penghantaran rendah. Manakala Shared Saver pula membolehkan pengguna berkongsi penghantaran dengan pesanan lain yang berdekatan. Ia lebih jimat, tiada caj pesanan kecil dan semua tetap dihantar ke pintu rumah anda. Ciri ini akan mula diuji di Singapura bulan ini.

Pengembara
Ciri Advance Booking (Airport Pickup) kini tersedia di tujuh lapangan terbang utama termasuk KLIA dan Seletar Singapura untuk memastikan pemandu sentiasa bersedia mengikut masa sebenar ketibaan penerbangan anda.


Selain itu, Dine Out Discovery yang dikuasakan oleh GrabMaps membolehkan pengguna mencari restoran terbaik berdekatan, lengkap dengan ulasan, menu, tawaran istimewa dan tempahan meja. Ciri ini bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang Mei.
Selain itu, bagi mereka yang suka melancong merentasi Asia Tenggara, Grab Travel Pass menawarkan baucar perjalanan dan diskaun makanan yang semuanya boleh dibeli sebelum anda berlepas ke destinasi.

Tambahan, Grab Early Access Programme turut diumumkan hari ini yang memberikan peluang kepada pengguna terawal untuk mencuba ciri baharu dan memberikan maklum balas terus kepada Grab. Untuk maklumat lanjut dan menyertai program ujian awal, layari aplikasi Grab.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri baharu daripada Grab ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






