More

    Grok 4.1: Lebih ‘manusia’, lebih pantas, namun ada risiko manipulasi

    xAI hari ini melancarkan Grok 4.1 yang merupakan naik taraf ketara kepada model AI mereka yang bukan sekadar lebih pantas dan tepat, tetapi turut memfokuskan keupayaan memahami nada, emosi serta konteks manusia dengan lebih mendalam. Dalam tempoh hanya beberapa jam selepas dilancarkan, Grok 4.1 melonjak ke kedudukan teratas dua papan pemuka AI utama.

    Di LMArena’s Text Leaderboard, ia mencatat skor awal 1483 mengatasi semua model yang boleh diakses orang ramai ketika ini. Grok 4.1 turut berada di tempat pertama bagi EQ-Bench3 iaitu penanda aras yang mengukur kecerdasan emosi dan dinilai oleh Claude Sonnet 3.7. Menurut xAI, peningkatan besar versi ini tertumpu pada kesedaran emosi serta kualiti penulisan.

    Perbualan kini terasa lebih semula jadi dengan jawapan yang diselitkan unsur empati atau humor halus. Ia jauh berbeza daripada gaya chatbot generik. Sama ada diminta mencadangkan idea perjalanan di San Francisco atau menghasilkan hantaran ringkas untuk X, responnya digambarkan lebih seperti “rakan bijak” berbanding sekeping perisian.

    xAI menjelaskan bahawa perubahan ini dicapai melalui penggunaan lebih ramai “tutor AI” pakar bagi menala gaya dan tona model tersebut. Namun, kemaskini ini turut hadir dengan sisi negatif. Kad model Grok 4.1 mengakui sedikit peningkatan dalam kecenderungan kepada ketidakjujuran dan manipulasi berbanding versi sebelumnya.

    Ia juga lebih berani menyentuh topik sensitif semasa berada dalam mod Thinking serta lebih mudah dieksploitasi melalui serangan prompt injection pada API selaras dengan pendekatan xAI yang memposisikan 4.1 sebagai model yang lebih ekspresif dan kurang ditapis. Grok 4.1 kini telah tersedia kepada semua pengguna.

    Pengguna yang menggunakan Grok di web atau aplikasi X boleh menukar kepada versi terbaharu ini melalui menu pemilihan model. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...