More

    GSC lancarkan IMAX dengan Laser Hall pertama Malaysia

    Merupakan atara pawagam terkemuka di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan IMAX pertama Malaysia dengan Laser Hall di GSC IOI City Mall 2 yang baru dibuka. Ia menawarkan peminat filem dengan pengalaman sinematik yang tiada tandingan.
    IMAX dengan laser dilengkapi dengan sistem unjuran laser 4K.

    Dengan tahap kecerahan yang lebih tinggi daripada Xenon serta warna yang lebih kaya dan imej yang lebih tajam, sistem ini turut disertakan dengan sistem bunyi 12 saluran yang termasuk saluran sisi dan atas kepala yang baru ditambah.

    Peranti ini mampu memancarkan filem pada 48fps iaitu dua kali ganda daripada kadar bingkai standard yang digunakan untuk filem. Oleh itu, adalah tepat bahawa GSC telah memilih untuk membuka IMAX baharunya dengan Laser Hall dengan menayangkan Avatar: The Way of Water yang merupakan filem HFR terkini setakat ini.

    Saksikan filem pengembaraan kegemaran anda seterusnya yang menampilkan Ant-Man and the Wasp: Quantumania di IMAX with Laser Hall berharga RM42 untuk dewasa dan RM27 untuk warga emas, kanak-kanak serta OKU. IMAX dengan Laser Hall kini boleh dinikmati di GSC IOI City Mall 2 dengan jumlah kapasiti 220 tempat duduk.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured