More

    GSC lancarkan pawagam baharu di KL East Mall, miliki IMAX dan PlayPark

    Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan pawagam terbaharunya di GSC KL East Mall yang terletak secara strategik di utara Kuala Lumpur. Pelancaran pawagam ini menjadikan lokasi pawagam GSC yang ke-53 secara keseluruhan serta merupakan sebahagian daripada rangka tindakan strategik organisasi.

    GSC KL East Mall menawarkan keselesaan hiburan kepada keluarga dengan sejumlah 8 dewan termasuk lokasi IMAX GSC yang keempat dan PlayPark ketiga di Malaysia. Sempena pembukaan GSC KL East, ahli GSC Rewards boleh menebus satu tiket filem 2D hanya dengan 1,000 GSC coins.

    Tambahan, jika mereka membeli dua tiket filem secara atas talian, ahli-ahli layak untuk mendapat satu baucar popcorn bersaiz besar mulai 1 Julai hingga 15 Julai 2024. Promosi pembukaan pawagam diteruskan pada bulan Ogos dengan potongan RM5 kombo popcorn bersaiz sederhana apabila mereka membeli dua tiket filem secara eksklusif di GSC KL East.

    Jika anda ingin mengisi masa lapang bersama keluarga pada hujung minggu, anda boleh kunjungi pawagam terbaharu di GSC KL East. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...