More

    GTA IV akan kembali ke Steam pada bulan Mac

    Beberapa minggu lalu, permainan video popular Grand Theft Auto IV (GTA IV) telah ditarik keluar daripada perkhidmatan permainan video PC dalam talian, Steam. Walau bagaimanapun, GTA IV akan masuk kembali ke dalam katalog Steam tidak lama lagi tetapi dengan sedikit kekangan.

    Pemain boleh mendapatkan GTA IV di Steam bermula 19 Mac. Pembina game tersebut, Rockstar, membuat pengumuman di Steam dengan maklumat perubahan terbaru tentang kemasukan game tersebut.

    Perubahan yang paling ketara adalah penyingkiran mod multi-pemain dan senarai jaguh (leaderboards) untuk cabaran (challenges) dalam game. Selain itu, beberapa stesen radio juga akan dibuang iaitu RamJam FM, Self-Actualization FM dan Vice City FM.

    Di samping itu, pembeli GTA IV selepas ini akan membelinya sebagai pakej Complete Edition di mana mereka juga akan mendapat game Grand Theft Auto: Episodes From Liberty City.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk memainkan GTA IV pada masa akan datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured