More

    GTA: The Trilogy – Definitive Edition dapat kecaman daripada pemain kerana prestasi teruk

    Pada minggu lepas, Rockstar Games telah melancarkan koleksi game Grand Theft Auto: The Trilogy – Definitive Edition yang menampilkan binaan semula (remaster) untuk Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City dan Grand Theft Auto: San Andreas.

    Walau bagaimanapun, para pemain mendapati bahawa game tersebut adalah sangat teruk dan sukar untuk dimainkan dalam platform Xbox, PlayStation dan PC. Pemain mengungkitkan pelbagai isu berkaitan grafik yang pelik serta sekatan (glitch) dalam corak permainan.

    Untuk para pemain PC pula, Rockstar menarik semula GTA The Trilogy daripada Rockstar Games PC Launcher selepas beberapa jam ia dilancar dan membuatkannya tidak boleh diakses langsung.

    Sewaktu artikel ini ditulis, game tersebut telah kembali untuk pemain PC namun pemain masih melaporkan isu yang sama dan tiada penambahbaikan prestasi yang ketara berbanding sewaktu pelancarannya.

    Sebelum ini, Rockstar mengatakan game itu tidak boleh dimainkan buat sementara kerana mereka telah memasukkan beberapa fail ke dalam game itu secara tidak sengaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda terjejas akibat masalah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured