More

    Guna QR kini jadi norma di Malaysia, 8.44 bilion transaksi direkodkan pada 2025

    Payments Network Malaysia (PayNet) merekodkan 8.44 bilion transaksi pembayaran digital sepanjang 2025 dengan purata 6.3 juta transaksi sehari. Infrastruktur sistem mencatatkan keupayaan memproses 260 transaksi sesaat dengan kadar ketersediaan 99.995 peratus bagi menyokong penggunaan berskala besar.

    Pertumbuhan pasaran diterajui oleh institusi bukan bank yang meningkat 71.7 peratus, jauh mengatasi kadar pertumbuhan bank pada 30.69 peratus. Sebanyak 681,250 titik penerimaan baharu DuitNow QR ditambah menjadikan jumlah keseluruhan melebihi tiga juta lokasi di seluruh negara termasuk lonjakan transaksi tiga kali ganda di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

    Di peringkat antarabangsa, transaksi QR rentas sempadan melonjak 2.5 kali ganda kepada 29.7 juta transaksi melibatkan rangkaian Singapura, Thailand, Indonesia, China dan Kemboja manakala India dijangka menyertai ekosistem ini pada 2026.

    Bagi aspek keselamatan, National Fraud Portal telah mengesan 57,700 akaun mangsa dengan RM46 juta dana dikenal pasti untuk proses pemulangan bagi menangani ancaman penipuan berasaskan teknologi AI dan deepfake. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured