More

    Gunakan tablet seperti sebuah komputer riba dengan siri Samsung Galaxy Tab S8!

    Komputer riba merupakan sebuah peranti yang penting untuk melakukan pelbagai tugas pekerjaan, namun ia sukar untuk dibawa ke pelbagai tempat kerana saiznya yang besar dan berat untuk dipegang. Bagi mengatasi masalah ini, ramai pengguna sering menggantikan komputer riba dengan sebuah tablet namun sebelum ini, ia tidak boleh menawarkan penggunaan yang serupa dengan komputer.

    Kini, siri tablet terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy Tab S8 boleh menawarkan penggunaan yang amat mirip dengan sebuah komputer. Siri tablet ini terdiri daripada pelbagai saiz iaitu Galaxy Tab S8 11 inci, Galaxy Tab S8+ 12.4 inci dan Galaxy Tab S8 Ultra 14.6 inci jadi anda boleh pilih saiz yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

    Reka bentuk mirip komputer riba

    Apabila ia digabungkan dengan sarung papan kekunci Book Cover Keyboard dan aplikasi Samsung DeX, ia mempunyai reka bentuk yang sangat serupa dengan sebuah komputer riba. Sarung ini juga mempunyai tongkat kickstand untuk mendirikan skrin tablet ini dan ia boleh dilaraskan dengan pelbagai sudut, jadi anda boleh gunakan tablet ini seperti komputer di mana-mana jenis permukaan.

    Walaupun ia sebuah tablet, Galaxy Tab S8 boleh digunakan seperti komputer riba apabila ia dihubungkan dengan Book Cover Keyboard

    Papan kekunci Book Cover Keyboard mempunyai kekunci yang lengkap sama seperti dalam sebuah komputer riba, termasuklah kekunci shortcut untuk F1 hingga F12 serta butang khas untuk mengakses Samsung DeX. Selain itu, papan kekunci ini juga boleh dihubungkan secara wayarles kepada telefon pintar Samsung anda untuk sebarang tugas yang memerlukan beberapa peranti serentak.

    Samsung DeX kini tawarkan lebih banyak fungsi mirip komputer

    Jika anda masih tidak biasa dengan Samsung DeX, ia adalah sebuah fungsi dalam tablet Samsung untuk memaparkan antara muka (UI) serupa dengan sebuah komputer yang dilengkapi sistem operasi Windows. Apabila ia diaktifkan, anda boleh membuka beberapa tetingkap (window) dalam Galaxy Tab S8 serentak dan ubah saiz tetingkap tersebut, seperti yang anda boleh lakukan dalam komputer.

    Samsung DeX kini menawarkan App Window Control, di mana anda boleh melaraskan tahap lutsinar tetingkap (app window transparency) dan menetapkan tetingkap atau aplikasi tertentu di bahagian atas skrin.

    Antara muka (UI) seperti Windows dalam Samsung DeX
    Tetingkap (window) boleh diubah menjadi lebih lutsinar, supaya tetingkap lain boleh dilihat dengan mudah

    Seperti dalam UI komputer, Samsung DeX mempunyai sebuah taskbar di bahagian bawah skrin, jadi anda boleh mengecilkan (minimise) tetingkap dan mengakses beberapa aplikasi lain dengan mudah daripada taskbar. Selain itu, Samsung DeX juga boleh digunakan dalam mod Portrait jika anda menggunakan skrin dalam orientasi tersebut.

    Jika anda mempunyai akses kepada sebuah monitor, siri Galaxy Tab S8 boleh dihubungkan kepada monitor tersebut dan anda kini boleh mengakses Samsung DeX dalam sebuah skrin yang lebih besar. Anda boleh lakukan satu tugas dalam monitor tersebut dan melakukan tugasan lain dalam skrin Galaxy Tab S8.

    Hubungkan stilus dan tetikus untuk penggunaan mudah

    Setiap tablet Galaxy S8 turut disertakan dengan stilus S Pen yang boleh dilekatkan secara magnetik di bahagian belakang tablet untuk dicas. Stilus ini bukan sahaja akan memudahkan anda untuk menulis atau melakar sebarang idea, malah ia boleh digunakan untuk menyunting video dengan lebih terperinci dalam aplikasi LumaFusion.

    Seperti sebuah komputer riba, Galaxy Tab S8 juga boleh dihubungkan dengan sebuah tetikus wayarles dan tetapan kelajuan pointer dan scroll boleh dilaraskan mengikut kesesuaian anda. Perlu diingati bahawa tetikus tidak disertakan bersama Galaxy Tab S8 dan perlu dibeli secara berasingan.

    Stilus boleh dilekatkan secara magnetik di bahagian belakang tablet
    Anda boleh tukar tablet lama untuk dapatkan Galaxy Tab S8 dengan lebih murah

    Dengan fungsi-fungsi ini, ia membuat siri Samsung Galaxy Tab S8 sesuai untuk dijadikan pengganti kepada komputer riba anda. Dengan reka bentuknya yang lebih ringan dan nipis, anda kini boleh menyiapkan pelbagai tugas di mana sahaja tanpa perlu membawa sebuah peranti yang berat.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy Tab S8. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memiliki tablet Galaxy Tab S8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...